• " Kami Merialisasikan Kediaman Impian Anda "

    Pengenalan Syarikat


    Syarikat Asal Kurniaan (KEL) Sdn Bhd mula beroperasi pada tahun 1997. Pada tahun 2003, syarikat telah melangkah setapak lagi dengan merealisasikan impian bakal-bakal pembeli rumah dengan memperkenalkan konsep pelan rumah mengikut citarasa sendiri. Harga mengikut kemampuan masing-masing.


    Sepanjang tempoh 3 tahun sehingga Disember 2006, syarikat telah menyiapkan 80 buah banglo di sekitar jajahan Pasir Puteh yang bernilai lebih kurang RM10.4 juta. Kini telah pun siap dan diduduki oleh pemilik masing-masing.

    Konsep dan idea yang baru syarikat pada tahun 2007 telah memperkenalkan dengan membina banglo yang bernilai sekurang-kurangnya RM85,000.00 yang mampu dimiliki oleh semua golongan rakyat Kelantan. Ini kerana matlamat syarikat adalah supaya rakyat Kelantan mampu memiliki banglo sendiri mengikut kemampuan mereka. Alhamdulillah konsep ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan kerana syarikat telah membina sebanyak 44 unit banglo dan semua telah habis dijual.

    Selain itu syarikat juga menjadi perunding lot-lot banglo untuk dijual dan membina rumah di lokasi yang menjadi pilihan bakal pembeli. Kami juga membantu golongan pemohon yang tidak memiliki penyata pendapatan yang tetap melalui skim pinjaman perumahan Bank Islam dan BSN. Kini pada tahun 2013 Syarikat Asalkurniaan Development (M) Sdn Bhd ditubuhkan untuk mengendalikan projek perumahan baru bermula pada tahun 2014.

    Buat masa sekarang syarikat telah melangkah setapak lagi dengan melibatkan syarikat dalam menyertai tender-tender projek kerajaan. Kini syarikat telah memiliki sijil pendaftaran kontraktor daripada Pusat Khidmat Kontraktor dalam kelas C. Syarikat telah berusaha sebaik mungkin untuk memberi manfaat kepada semua rakyat Kelantan.

    “Kami Merealisasikan Kediaman Impian Anda”


    Sebarang Janji Temu anda boleh terus SUBMIT secara online disini. [Klik]
     

    Popular Posts

    Total Pageviews

    Hubungi Kami

    Asal Kurniaan Development (M) Sdn Bhd
    Lot 2270, Kg. Bukit Bidang,
    16810 Selising, Pasir Puteh,
    Kelantan Darul Naim.

    Haji Baharuddin : 019-9586832
    [Pengarah Projek Perumahan]

    Nik Mohd asrul : 014-5108550
    [Pengurus Projek Perumahan]

    Tel. Pejabat : 09-7531705
    [Pejabat Projek Perumahan]


    Tuan Jamilah : 019-9588568
    [Pengarah Hardware]

    Tel. Pejabat : 09-7522352
    [Pejabat Hardware]

    E-mail : umum@asalkurniaan.com